Into My World
180625: ddu du ddu du
posted by Cik Nin Jun 25, 2018 0 comments



Hyep! I'm back. So, entry kali ni aku back to normal laa. (taip dalam BM + BI) hahahah.

Okay. Macam biasa laa. Aku intern tak habis lagi ni tapi bila takda kerja nak buat, maka rajinlah aku blogging. Pffttt. Ehh. Bukan aku tak tanya pasal keja nah. Dah tanya tapi supervisior aku sendiri cakap keja tu dia dah settle kan so aku pun hanya melopong di meja aku sambil alert kot-2 depa mintak tolong.

Kadang-kadang aku sendiri tak faham intern ni cemana. Aku tak buat keja yang susah/banyak pun. Setakat ni yang paling susah pun task yang aku dapat daripada head of department aku. Task-2 yang dia suruh buat tu macam berkaitan la dengan apa yang aku dah belajaq. One of the task tu dia suruh aku taip article weh. Nasib baik la aku ni memang dah berpengalaman buat benda macam tu. Dia suruh aku taip artikel pasal U yang aku tengah intern sekarang. Dia minta aku buat dalam English and Malay. Haaaa. Tapi dua-2 tuu tajuk tak sama. Fuhhh. Kalau nak buat artikel ni kan kena ada knowledge pasal title tu so aku pun buat research dulu. After that baru la aku boleh buat. 1st consult dengan dia, aku kena tegur sikit la about error dalam artikel tuu. Tapi dia tak marah la. Cuma tegur macam lecturer tegur student. Esok tu aku redo balik and buat untuk BM pulak. Tu ja task yang susah untuk aku setakat ni. Tak tau la kot-2 ada yang lagi mencabar lepas ni. 

Pasal kerja, I don't have any problem with that sebab kalau tak reti sangat pun aku boleh tanya orang. Tapi yang problem bila jadi budak praktikal ni, orang-orang yang kat tempat kerja hang. If hang jenis yang friendly + ramah, aku rasa takda masalah nak sosial dengan orang. Kalau jenis macam aku ni (pendiam + tak pandai bersosial) agak payah sikit la. Dah 5 minggu aku keja kat sini, aku boleh nampak some people macam ok dengan aku and some people not. Aku taktau la bagi orang yang nampak aku ni macam sombong ka apa, tapi yang penting orang yang betul-2 kenai aku taulah aku ni cemana. Yang ada negative thoughts about me, lantak kau la makcik nak assume aku apa. Makcik tu yang sombong dengan aku. Alahai... Imagine la kan, aku tengah buat muka sehabis manis + dah ready dok hulur tangan ni nak salam dengan dia (maklumlah hari raya) , kau tahu reaction dia camna? Dia buat macam tak nampak ja wehhhh. Padahal aku dah tercegat betoi-2 depan dia. Eyyyy aku dah menyirap dah time tu tapi sabar selagi mampu. Few seconds lepas tu baru dia perasan. Macam tak ikhlas pun ada. Tabah la nak bila berhadapan dengan situasi macam ni. Situasi orang tak suka dengan kau. -_-

Nasib baik laa intern aku ni for only 3 months ja. Tapi bila tunggu nk habis tu rasa macam tunggu jodoh mai. Lambat kemain. Haih. I'm just hoping that my intern will be smooth. Nak habis cepat-2 sebab tak sabar nak bebas dari kekangan ni. 😌

Okay. Sampai sini dulu aku berletiaq. Jumpa next entry! 👋
design by Wanaseoby