Into My World
Aku = Gamer?
posted by Cik Nin November 22, 2016 0 comments
Assalammualaikum gais. Secara rasminya disini, aku nak umumkan yang aku dah habis sem 2. Yeayy. (buat syok)
Okay back to the topic. As you can see, it's about a gamer. Ya. Me as a gamer. Gamer la sangat kan. heh. *mata ke atas*

Actually, aku ni bukanlah gamer sangat pun. Sebelum-2 ni aku takde layan game sangat pun tapi disebabkan beberapa faktor telah menarik minat aku dalam dunia game. Adik lelaki akulah punca aku minat dengan game-2 semua nih. First-2 sekali tengok dia buat account steam. Then, tengok dia main pastu join dia tengok gameplay apa semua dekat youtube so dari situ aku dah mula minat. Aku pun adalah pasang niat nak create satu gaming channel dekat youtube dengan kerjasama Haziq, konon-konon boleh jadi femes but unfortunately, aku ni noob weh. Noob nak mampus! So, niat tu hanya sekadar niat jelah. Tapi, aku memang suka orang cakap pasal game. Tak kisahlah game apa pun.

Aku memang akan fokus bila orang cakap pasal game. Macam haritu la dalam kelas public communication. Ada la sorang female student ni, dia volunteer nak cakap dekat depan. Topik dia pasal game. Once dia mention about game, aku terus pandang depan and fokus. Jaranglah nak tengok aku fokus weh. Kadang-2 mata tengok depan tapi fikiran tengah melayang entah kemana. (Mostly dalam semua kelas aku macam tu) Aku nampak interested gila dekat topik dia. Dah la yang cakap tu student perempuan. So, aku cam happy la sebab bukan aku sorang je yang suka game dalam kelas tu. Hahah. (pebende aku ni?)

Nak dijadikan cerita, roommate aku sendiri panggil aku gamer. Macam aku ni hardcore sangat main game. Dia panggil aku cenggitu sebab aku banyak habiskan kuota internet tengok gameplay kat youtube and aku pulak ada main game so dekat situ dia dah assume aku ni gamer dan aku hanya mampu ketawa terbahak-2 time tuh. Game Outlast je kot. C'monlah. Aku as a gamer? Like seriously? Hahahahah! Kelako la beb. Tapi betul la kan sapa yang kaki game tuu dipanggil as gamer. Isn't it? Hmm. Tak dinafikan, aku ada main DOTA 2 tapi tak selalu atas faktor tak cukup masa. Waktu tido tu penting untuk tumbesaran aku. (pehal?)

If aku gamer sekali pun, do anyone like me? (wtf punya soalan)

I need to stop here sebelum aku merepek banyak lagi. So sys.



Kalau ada gaming setup cenggini pun best gak. Ok. Dapat PS4 pun nais. XD


Chingudeul
posted by Cik Nin November 07, 2016 0 comments
Assalammualaikum. Harini tetiba feeling nak update blog datang. Haha. Padahal lusa dah final kot. Boleh buat noh. xD

Alright. Aku takda benda sangat pun nak update. Saja-ii baik hati nak cerita pasal kawan2 kolej aku ni hah. Lebih tepat roommates aku la.

Before this aku tak penah pun ada roommates bagai sebab aku dulu pun sekolah biasa je bukan asrama. So, first feeling time kena duk asrama dengan orang2 yg aku tak kenal tu mmg a bit scary la. Takut kalau2 dapat roommates yg entah apa perangai dia tuh. Dah la aku jenis yg diam. Haha.

Aku ada tanya dorang first impression dorang dekat aku. Guess what? Dorang semua takut nak tegur aku. Sebab muka aku ketat gila. HAHA. Mau tak ketat wehh. First time kot. Memang masam habis la muka aku weh. Tak nyompet eh nak senyum2. Time tu dah la kalut nak beli barang pastu dengan orientasi yg langsung tak best. Then, first person yg berani tegur aku is Sarah. Dia ni peramah tu yg berani tegur aku. Maka bermulalah sesi perkenalan disitu.

Masa sem 1, aku ada 5 orang roommates but masuk sem 2 ni tinggal 3 je laa and 3 orang ni la yang paling sayang. Hahah. Dorang ni jenis yg masuk ayaq gak laa. Kira boleh ngam la dengan aku ni. Antara 3 orang tu, sorang je laa yang tua setahun. Yang lain sama umo dengan aku.

Dorang ni la yang ganti tempat ibu aku time aku sakit weh. Time aku demam haritu, dorang yang jaga aku. Si Sarah tu dia nampak macam tak peduli je time aku sakit ritu tapi dalam diam dia yang tolong tuam ayaq sejuk atas kepala aku masa aku tengah tido and dia yang teman aku g klinik. Haha. Ummu dengan akak always tanya aku ok ke tak, bagi makan ubat, selimutkan aku. I feel secure bila dorang caring macam tu walaupun aku rasa nak berada disamping ibu. Haha. Well, having our mom beside us will make us feel much better right? Tapi, ada roommates macam dorang pun aku dah bersyukur. ihiks~ 

Oh ya. Lupa nak habaq. Sarah tu sama kos dengan aku. Akak dengan Ummu kos yang sama, Dip. Accountancy. Fair and square. 




Banyak memori dah dengan dorang ni walaupun baru setahun. Bila ingat balik, nak gelak je rasa. Sekejap je. 

Jadi, setakat tu dulu. Habis final je, aku update lagi. Baibai~

Berubah?
posted by Cik Nin September 11, 2016 0 comments
Assalammualaikum to readers. It's 2.23 am and I'm still awake. Haha. What am I doing here? Just updating my blog yang dah bersawang ni.

Hmm. How am I gonna start this? Okay. Ada orang tu cakap aku dah berubah. Aku tak sure la berubah yang macam mana but I guess my attitude. Orang yg cakap tu bff aku sendiri. Well, orang yg paling rapat mesti akan sedar pasal sahabat dia dah berubah kan? And maybe I didn't notice that.

Baru-2 ni aku ada la salah faham dengan dia sikit. Not small matter sangat sebab benda yg kitaorang bertengkar tu melibatkan soal perasaan. Aku pulak time tu agak kasar sikit rasanya and she was not in a good situation. Jadi, berlakulah pertelingkahan di situ.

Selama aku berkawan dengan orang lain , tak pernah lagilah aku bergaduh pastu aku menangis but when it's come to her, aku menangis bhai. Pfftt. Haha. Macam budak-2.

Rasa takde mood gila masa tu. Rasa macam nak marah semua orang. Dah laa time tu stress week. Dengan assignmentnya, presentation pulak, tido tak cukup. Maybe sebab tu aku menangis kot. Pressure sangat.

Few days after that 'bad day', aku rasa awkward. Awkward dengan bff sendiri. Like seriously nina? Haha. Idk why. Before this, okay je kan but now. . Rasa lain. T_T

Aku sayangkan kawan-2 aku. Kalau ada problem tu, tolonglah luah. Jangan pendam. Bila pendam buruk padahnya. Jangan luahkan kemarahan kau dekat orang yg sayangkan kau. Manusia sekarang banyak yg hati tisu. Allah bukan saja-2 uji hamba dia. Ada sebab. Sebab Allah tengok kau mampu tempuh ujian tu.

Maaf sebab berkasar dengan kau. Maaf sebab buat kau terasa. Maaf sebab buat kau marah.

Hope everything will be fine back.


So, tu je aku nak luah pepagi buta nih. Actually, aku dalam mid sem holiday. Haha. Boleh rehat-2kan minda, jiwa, mental dan fizikal sikit. Ewahh macam teruk sangat pulak. Okay bbai gais!~




Long time no see ! COMEBACKKKKKK !
posted by Cik Nin April 02, 2016 0 comments

Haaaaiiiiiiiiii!


It's been a 2 years I didn't update my blog. Haaaaamikkkk kau! speaking pulak minah ni. gilaaa aaaaaa punya lama aku tak update blog weyhh. Last seen update blog aku bulan Januari 2014. Pehhh. Bila baca balik cerita2 lama aku dekat blog nih, semua macam ape lagi doe! Kpop memanjang. Maklumlah zaman tak matang lagi. HAHAHAHAH coihhhhhhh!

Okayyyy. Pehal aku lama sangat tak update blog? Well, tahun tuu aku ada exam paling penting. Exam gapo? SPM laa der. And since aku sedar yang tahun tu aku kena hadap SPM, so aku pun stop blogging. Mula tuu nak stop kejap je tapi tak sangka pulak stop hampir 2 tahun! HAHA. Semua sebab takde laptop sendiri. But now alhamdulillah. Ibu dah belikan laptop baru utk i. So, bolehlah aktif blogging kali nih! Yepp yepp!~

Now, what happen to my life? Still a student or nahh? kau rase? hahaha~ Still a student. After dapat result SPM, aku sambung form 6. jadi pelajar form 6 dalam 5 bulan je sebab . . emm.. ada laa 1 subjek nih tak kena dengan jiwa aku.Butttttt. Aku tak berhenti sampai situ je. 2 bulan aku melepak dok rumah sambil mencari U mana yang bersesuaian untuk aku sambung belajar. Last-ii maklong aku aka cikgu BI kat sekolah aku carikan untuk aku IPT mana yang layak untuk aku sambung belajar. Aku ni minat bahasa sebenarnya. Dah jumpa tuu aku apply aa. Aku apply UCAM dengan KPM. First yg KPM tu tak dapat tapi buat rayuan , akhirnya dapat jugakkk. Aku apply Dip in English Communication. Bersyukur ya amatt doe lepas dapat tuh. Ibu i pun happy uolls. Dia cakap "haa. baguih la dah dapat. Hang stay rumah pun bukannya buat apa. Tanam anggur adalah. kalau berbuah sungguh takpa jugak, ni dak pun. semak ja dok umah". Yup. That's my mom. Dia memang macam tu but she's still my beloved one even though dia selalu berleter, marah and so on. kkkkkkkk. 

Kat mana tadi? okay. Sekarang ni aku dah jadi student under MARA kat Pahang. Haaaaaaa. Kau rasa jauh tak dari Kedah ke Pahang? BHAHAHAHAH! Alang-alang nak sambung belajaq biaq jauh sikit. Jauh perjalanan, luas permandangan. Takkk gituuu? Ahakss. Aku tak pernah berpisah jauh dengan family macam ni. Time nak daftar masuk tuu, perasaan aku jadi kosong. Tak tahu whether nak happy or sedih. Tapi time last hangout dengan family sebelum orientasi, hati tuu tetiba jadi hiba, sebak, nak nangis. Aku tahan rasa tu dalam hati sebab taknak bagi ibu nampak. Kang dia pun sedih jugak. time aku tengah sibuk kejar masa sebab orientasi nak start dah , aku lupa nak salam ibu aku. Sebaik je aku masuk dewan, baru aku ingat yang aku tak salam dia pun. Apa lagi, air mata pun jatuh berlinangan laa. Sampai tersedu-sedu hahh. Mana tak nya, dia yang bersusah payah nak hantar aku, habiskan banyak duit untuk aku sambung belajar semata-mata nak tengok aku berjaya. Haihhh. Ni pun ayaq mata dah keluaq. Hati tisu betul aku nih. Sabaq Nina. 3 tahun hang kena hadap and bagi segulung ijazah dengan kejayaan dekat ibu. Still ingat lagi apa yang ibu cakap. "Belajaq rajin2 ayong oihh. Ubah hidup kita nih daripada susah jadi senang. Ibu takmau hang jadi macam ibu". InshaAllah ibu, ayong akan buat ibu gembira atas kejayaan ayong. XOXO IBU~ <3

Aku stop sampai sini dulu. Tetiba je emotional. Nanti aku sambung update lagi kk. Ppyong~ *wave* 







design by Wanaseoby