Into My World
Aku = Gamer?
posted by Cik Nin November 22, 2016 0 comments
Assalammualaikum gais. Secara rasminya disini, aku nak umumkan yang aku dah habis sem 2. Yeayy. (buat syok)
Okay back to the topic. As you can see, it's about a gamer. Ya. Me as a gamer. Gamer la sangat kan. heh. *mata ke atas*

Actually, aku ni bukanlah gamer sangat pun. Sebelum-2 ni aku takde layan game sangat pun tapi disebabkan beberapa faktor telah menarik minat aku dalam dunia game. Adik lelaki akulah punca aku minat dengan game-2 semua nih. First-2 sekali tengok dia buat account steam. Then, tengok dia main pastu join dia tengok gameplay apa semua dekat youtube so dari situ aku dah mula minat. Aku pun adalah pasang niat nak create satu gaming channel dekat youtube dengan kerjasama Haziq, konon-konon boleh jadi femes but unfortunately, aku ni noob weh. Noob nak mampus! So, niat tu hanya sekadar niat jelah. Tapi, aku memang suka orang cakap pasal game. Tak kisahlah game apa pun.

Aku memang akan fokus bila orang cakap pasal game. Macam haritu la dalam kelas public communication. Ada la sorang female student ni, dia volunteer nak cakap dekat depan. Topik dia pasal game. Once dia mention about game, aku terus pandang depan and fokus. Jaranglah nak tengok aku fokus weh. Kadang-2 mata tengok depan tapi fikiran tengah melayang entah kemana. (Mostly dalam semua kelas aku macam tu) Aku nampak interested gila dekat topik dia. Dah la yang cakap tu student perempuan. So, aku cam happy la sebab bukan aku sorang je yang suka game dalam kelas tu. Hahah. (pebende aku ni?)

Nak dijadikan cerita, roommate aku sendiri panggil aku gamer. Macam aku ni hardcore sangat main game. Dia panggil aku cenggitu sebab aku banyak habiskan kuota internet tengok gameplay kat youtube and aku pulak ada main game so dekat situ dia dah assume aku ni gamer dan aku hanya mampu ketawa terbahak-2 time tuh. Game Outlast je kot. C'monlah. Aku as a gamer? Like seriously? Hahahahah! Kelako la beb. Tapi betul la kan sapa yang kaki game tuu dipanggil as gamer. Isn't it? Hmm. Tak dinafikan, aku ada main DOTA 2 tapi tak selalu atas faktor tak cukup masa. Waktu tido tu penting untuk tumbesaran aku. (pehal?)

If aku gamer sekali pun, do anyone like me? (wtf punya soalan)

I need to stop here sebelum aku merepek banyak lagi. So sys.



Kalau ada gaming setup cenggini pun best gak. Ok. Dapat PS4 pun nais. XD


Chingudeul
posted by Cik Nin November 07, 2016 0 comments
Assalammualaikum. Harini tetiba feeling nak update blog datang. Haha. Padahal lusa dah final kot. Boleh buat noh. xD

Alright. Aku takda benda sangat pun nak update. Saja-ii baik hati nak cerita pasal kawan2 kolej aku ni hah. Lebih tepat roommates aku la.

Before this aku tak penah pun ada roommates bagai sebab aku dulu pun sekolah biasa je bukan asrama. So, first feeling time kena duk asrama dengan orang2 yg aku tak kenal tu mmg a bit scary la. Takut kalau2 dapat roommates yg entah apa perangai dia tuh. Dah la aku jenis yg diam. Haha.

Aku ada tanya dorang first impression dorang dekat aku. Guess what? Dorang semua takut nak tegur aku. Sebab muka aku ketat gila. HAHA. Mau tak ketat wehh. First time kot. Memang masam habis la muka aku weh. Tak nyompet eh nak senyum2. Time tu dah la kalut nak beli barang pastu dengan orientasi yg langsung tak best. Then, first person yg berani tegur aku is Sarah. Dia ni peramah tu yg berani tegur aku. Maka bermulalah sesi perkenalan disitu.

Masa sem 1, aku ada 5 orang roommates but masuk sem 2 ni tinggal 3 je laa and 3 orang ni la yang paling sayang. Hahah. Dorang ni jenis yg masuk ayaq gak laa. Kira boleh ngam la dengan aku ni. Antara 3 orang tu, sorang je laa yang tua setahun. Yang lain sama umo dengan aku.

Dorang ni la yang ganti tempat ibu aku time aku sakit weh. Time aku demam haritu, dorang yang jaga aku. Si Sarah tu dia nampak macam tak peduli je time aku sakit ritu tapi dalam diam dia yang tolong tuam ayaq sejuk atas kepala aku masa aku tengah tido and dia yang teman aku g klinik. Haha. Ummu dengan akak always tanya aku ok ke tak, bagi makan ubat, selimutkan aku. I feel secure bila dorang caring macam tu walaupun aku rasa nak berada disamping ibu. Haha. Well, having our mom beside us will make us feel much better right? Tapi, ada roommates macam dorang pun aku dah bersyukur. ihiks~ 

Oh ya. Lupa nak habaq. Sarah tu sama kos dengan aku. Akak dengan Ummu kos yang sama, Dip. Accountancy. Fair and square. 




Banyak memori dah dengan dorang ni walaupun baru setahun. Bila ingat balik, nak gelak je rasa. Sekejap je. 

Jadi, setakat tu dulu. Habis final je, aku update lagi. Baibai~

design by Wanaseoby