Into My World
Chingudeul
posted by Nina Aqilah November 07, 2016 0 comments
Assalammualaikum. Harini tetiba feeling nak update blog datang. Haha. Padahal lusa dah final kot. Boleh buat noh. xD

Alright. Aku takda benda sangat pun nak update. Saja-ii baik hati nak cerita pasal kawan2 kolej aku ni hah. Lebih tepat roommates aku la.

Before this aku tak penah pun ada roommates bagai sebab aku dulu pun sekolah biasa je bukan asrama. So, first feeling time kena duk asrama dengan orang2 yg aku tak kenal tu mmg a bit scary la. Takut kalau2 dapat roommates yg entah apa perangai dia tuh. Dah la aku jenis yg diam. Haha.

Aku ada tanya dorang first impression dorang dekat aku. Guess what? Dorang semua takut nak tegur aku. Sebab muka aku ketat gila. HAHA. Mau tak ketat wehh. First time kot. Memang masam habis la muka aku weh. Tak nyompet eh nak senyum2. Time tu dah la kalut nak beli barang pastu dengan orientasi yg langsung tak best. Then, first person yg berani tegur aku is Sarah. Dia ni peramah tu yg berani tegur aku. Maka bermulalah sesi perkenalan disitu.

Masa sem 1, aku ada 5 orang roommates but masuk sem 2 ni tinggal 3 je laa and 3 orang ni la yang paling sayang. Hahah. Dorang ni jenis yg masuk ayaq gak laa. Kira boleh ngam la dengan aku ni. Antara 3 orang tu, sorang je laa yang tua setahun. Yang lain sama umo dengan aku.

Dorang ni la yang ganti tempat ibu aku time aku sakit weh. Time aku demam haritu, dorang yang jaga aku. Si Sarah tu dia nampak macam tak peduli je time aku sakit ritu tapi dalam diam dia yang tolong tuam ayaq sejuk atas kepala aku masa aku tengah tido and dia yang teman aku g klinik. Haha. Ummu dengan akak always tanya aku ok ke tak, bagi makan ubat, selimutkan aku. I feel secure bila dorang caring macam tu walaupun aku rasa nak berada disamping ibu. Haha. Well, having our mom beside us will make us feel much better right? Tapi, ada roommates macam dorang pun aku dah bersyukur. ihiks~ 

Oh ya. Lupa nak habaq. Sarah tu sama kos dengan aku. Akak dengan Ummu kos yang sama, Dip. Accountancy. Fair and square. 




Banyak memori dah dengan dorang ni walaupun baru setahun. Bila ingat balik, nak gelak je rasa. Sekejap je. 

Jadi, setakat tu dulu. Habis final je, aku update lagi. Baibai~

design by Wanaseoby