Into My World
May
posted by Nina Aqilah Mei 23, 2017 0 comments
Welcome back. It's May and I'm currently enjoying my semester break at home. Haha. Enjoy sangat beb. Melepak duduk rumah je weh sambil layan movie, makan sedap-2 pastu tidur. Fuhh. Memang heaven lah. But, unfortunately, this week is the last week of my semester break. 2 weeks je weh. Hahah. Sat ja baqhang. Ni tekanan jiwa tengah otw nak datang balik. x'D

Ok takde mende sangat pun aku nak taip. As usual lah. Blog ni kan tempat aku luah segala mende yang terpendam dalam hati ni. So, aku luah je dalam ni. Ada orang baca ke tak ke, I don't care as long as aku boleh all out aku punya life story, luahan perasaan and etc. 

Aku baru lepas baca blog bestie aku. She talked about me. Haha. We're having "perang dingin" recently. Maybe atas faktor stress, people surrounding, study and etc. Dia dengan masalah dia and aku dengan masalah aku maka dengan itu, our friendship a bit cold. Em. Penah dah cakap haritu, jangan fight bc it's really childish. But, it's still happen. Haish. Tbh, I do miss her a lot tapi saja tak nak cakap. Ego tinggi. Yes. Ego ruins everything. Our friendship is already 8 years. 8 tahun gais. Dia yang kira bukan aku. (Ye. Aku nampak cam tak peduli kan? Jahat owner blog ni) She mentioned about celebrating the 8th years of friendship with me soon. I'm excited to hear that but bila fikir balik entah bila boleh jumpa and lepak sekali since aku punya semester dah makin pack sekarang. She gonna finish her studies by next month. Damn lucky. Aku lambat lagi k. 

So, I wanna say sorry to CikSF for that "perang dingin". Sorry if I bitching you or apa2 yang buat hati tu terguris. Aku kalau marah, aku lebih prefer diam. Silent treatment orang kata. Orang pendiam memang gini. Kalau marah sambil mulut pulak lancar berkata-2, memang segala benda yang tak elok keluar la. Haha. Bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih teruk, aku diam. Terkawal sikit. Em. Tunggulah bila aku free nanti, bolehlah plan nak jumpa. OK? :)

Nak cakap apa lagi ek? Oh ya. Memandangkan aku dah nak masuk sem baru, aku harap Allah permudahkan aku untuk tempuh sem baru ni dengan jayanya walaupun aku tahu depression bakal menimpa aku sekali lagi. Memang perit but luckily aku ada kawan since sekolah rendah yang satu kolej dengan aku. So, apa-2 pun, dia ada dengan aku through ups and downs plus tegur aku in case aku mula berubah. *sigh* Ni baru study doe belum kerja lagi. Dia punya pressure tu, Allah ja tau camna. 

Ok. Aku harap jangan ada sesiapa yang dok tanya lagi soalan, "dah ada boyfriend?" Kau ingat aku yang tengah struggle dengan study ni ada masa ke nak ada bf bagai? Orang lain bolehlah weh. For me, memang taklah. Kawan pun cakap, "kau datang jauh-2 ni untuk belajar. Bukan cari jodoh ke apa. Pasal tu tolak tepi dulu. Think about your parents dream. They want you to achieve it." Sedikit sebanyak kata-2 dia tu dapat prevent aku from giving up. Yes. Aku fikir tu je sampai sekarang. Sebab tu boleh bertahan lagi. They are my strength. :')

Aku rasa dah banyak aku menaip ni. So, sampai sini dulu entry untuk bulan ni. Selamat menyambut Ramadhan yang akan datang lagi 4 hari ni. Assalam.

Congrats to ma boys for winning Top Social Artist Award at BBMA yesterday!
Yeay! Proud of you guys. <3








design by Wanaseoby