Into My World
Q&A session!
posted by Nina Aqilah Jun 06, 2017 0 comments


Assalammualaikum. We meet again. Yeay~ Macam awal sangat aku update untuk bulan ni. Hm. Update awal ni pun sebab nak menjawab soalan CikSF. Dia dah tag aku kat blog dia dan aku dikehendaki untuk menjawab soalan-2 cepumas. Terima kasih la sebab sudi nak menanya soalan kat aku ni haa. Tbh, aku bukan suka sangat jawab soalan-2 dari budak ni. Sebab apa? Sebab soalan yang ditanya ni agak mencabar bagi aku. Bagi aku laa. Bagi orang lain tak kot.

So, ada 11 soalan yang diberi. Antaranya ialah: (dah macam jawab kertas exam BM)

        1.What will you do when you're down or sad?
Sejak-2 berjauhan dengan family ni, aku selalu macam murung, dikelilingi dengan aura-2 negatif sampai rasa nak give up. Apa yang aku buat untuk deal dengan perasaan down ni? Usually, aku jauhkan diri dari orang, pastu aku buat hal aku sendiri macam tengok youtube then layan gameplay. Aku tak suka expose diri aku yg ada masalah ni.


       2. Would you do what everyone told you to do or would you follow your heart?
Actually, both. Kadang-2 aku ikut orang cakap bila aku doubt dengan diri sendiri and kadang-2 aku ikut je kata hati aku and mempersetankan apa yang orang lain cakap. Haa. Tu akulah.


       3. Where would you have been imagine yourself in 10 years?
Maybe aku dah kahwin time tu sebab umoq dah 30 kan so takkan nak single lagi time tu (kalau ada jodoh la) And then sambung study dalam peringkat master. Em. Perancangannya macam tulah. 


       4. What would you want to do in the future?
Aku nak travel seluruh dunia and capture every scenery untuk dijadikan memori. Haa gitu. Sambil-2 tu nak improve la skill fotografi. HAHA.


        5. If you can escape just for one day, where would you go and who would you be?
Andai kata boleh hilang untuk satu hari tu, aku nak pegi Europe. Maybe aku jadi orang kaya yang banyak harta takpun backpackers jelah. Paling penting tempat yang aku nak pegi tu sejuk mata memandang plus mampu menenangkan fikiran aku. 


        6. If you exchange yourself into someone else, who would you be and why?
Benda ni tak penah pun terlintas dalam kepala aku beb. So, sekarang baru aku nak fikir. Aku rasa nak exchange dengan one of BTS members, Nam June. HAHAHA. Nam Joon aka Rapmon sebab aku nak merasa jadi bijak dengan tahap IQ dia yang 148 tu. Yeah. 


        7. Explain yourself in 3 words.
  • Petite
  • Demure
  • Destroyer

         8. List 5 things you hated the most.
  • Cockroach (ni kalau aku nampak memang aku tak duduk diam la weh)
  • Liar (Tipu-2 satgi orang tau gak. So jangan dok jadi pembohong sangat)
  • Fake (Banyak sgt manusia berperangai macam ni so kalau aku jumpa pun, idgaf)
  • Copycat (Be yourself la. Tak perlu nak ikut orang lain. Aku meluat betoi jenis copycat ni)
  • Math (Sejak azali lagi aku tak suka math ni. Janganlah tanya aku soalan math even yg senang pun jangan dok tanya. Tengok number je boleh buat aku migrain)

         9. Your ideal type of guys
Haaaa. Soalan paling senang nak jawab. HAHAHAH xD
  • Ada sifat kepimpinan. Senang cerita boleh jadi imam yang baguih la. Untuk aku dengan bakal anak-2 aku nanti. InshaAllah. (Haaa tudiaaa sapa jaa takmau wehhh)
  • Bukan jenis yang panas baran. (Aku cukup tak suka jenis baran-2 ni sebab aku sendiri pun kadang-2 baran gak. Anak sulung kan. Biasalah)
  • Lawak. (Aku suka laki yang ada sense of humor ni. Takda laa boring sangat kan. At least dia boleh hiburkan hati aku. Ewahhh~)
  • Berlesung pipit. (Yang ni sekadar option je laa. Takde laa wajib. Tapi kalau dapat yg berlesung pipit ni kira bonus untuk aku sebab bg aku org yg ada dimple ni manis. xD)
  • Orang utara. (Nak jugak orang utara tapi kalau tak dapat, takpa la. Saya terima je jodoh dari barat, selatan, korea selatan [wtf?], pantai timur even borneo sekali pun. I'm not that bias okay?)
  • Yang menerima saya seadanya. (Tudiaaa ayattttt kemain nohh. Haha. Yup, Someone yang tak judge penampilan aku, attitude aku, and etc. Dia terima ja kekurangan yg ada pada saya. Hee~)
  • Tinggi. (Nak yang tinggi sebab saya pendek. Tu je.) 
Macam terlebih list pulak. Sebelum aku jadi demand satgi better stop sampai sini. Doakan saya dapat jodoh yang baik-2 nah. :)


           10. The fashion style you like now and why?
Well. I'm not that type of person yang fashionista so aku tak kesah sangat. Fashion yang simple la yang aku suka sebab selesa and senang. That's it. Saya simple orangnya. Tu pun still takde sapa suka. (Halamakkkkk)


           11. One thing that you always wanted to do in life.
Riding a roller coaster. YES! Aku teringin gila nak naik roller coaster. Kalau boleh once in my life. Aku tahu yang aku akan jadi tak okay bila naik benda tu but I don't care as long as aku dapat rasa macam mana naik benda alah tu. Kalau boleh nak naik dengan kengkawan la. Yeah~



 Akhirnya habis gak aku jawab soalan-2 cepumas ni. Haih. Penat gak menaipnya. (Overnya lahai) Aku rasa macam nak tanya soalan dekat budak ni tapi aku malas dah nak berfikir so aku tanya direct je nanti. Hang tunggu la nah. Cheq stop dulu.

2 minggu lagi nak balik kampung. Hiphip hurray! Annyeong~
design by Wanaseoby